Sebelum ini saya telah memberhentikan seorang pekerja kerana sudah tidak datang bekerja selama 2 bulan. Setelah itu saya telah menerima notis dari Jabatan Tenaga Kerja untuk membalas notis tuntutan tersebut. Bagaimanakah saya ingin membalas surat tersebut?

Adalah menjadi satu keperluan untuk mana-mana majikan menyediakan surat lantikan kerja (sebaik-baiknya, beserta kontrak untuk bekerja) sebelum menggajikan mana-mana pekerja di syarikat tuan/puan.

Bagi tujuan menjawab notis tuntutan tersebut, sebaiknya disertakan sekali surat lantikan kerja (atau kontrak untuk bekerja, jika ada) bersama-sama dengan surat jawapan majikan tersebut. Jika sekiranya tuan/puan tidak pasti untuk menjawab notis tuntutan tersebut, pihak kami bersedia untuk membantu tuan/puan untuk menjawabnya bagi pihak majikan.