Izyan Shazwani Binti Ab Aziz

Rakan kongsi
IZYAN SHAZWANI BINTI AB AZIZ
DSLP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
LLB (Hons.) Universiti Islam Antarabangsa
Diterima Masuk Majlis Peguam Malaysia: 2007

This image has an empty alt attribute; its file name is MG_0123_web-527x1024.jpg

Anugerah

  1. Asia Legal Business (ALB) – Izyan telah dicalonkan sebagai Anugerah Peguam Muda Terbaik Tahun 2019.
  2. Business Networking International (BNI) – Izyan telah dianugerahkan sebagai Millionaire Giver Award selama 2 tahun berturut-turut pada tahun 2019 dan 2020 di mana dia telah menyumbang dan memberikan perniagaan kepada rakan-rakan yang lain lebih dari RM1 Juta sepanjang 2018 dan 2019.

Izyan telah memulakan minatnya dengan bekerja di Skrine sebagai paralegal sebaik sahaja beliau menyelesaikan peperiksaan akhir tahun universiti pada tahun 2006 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setelah lulus dengan cemerlang, beliau memulakan karier sebagai pelatih dalam kamar di firma yang sama pada tahun 2007 di mana beliau telah didedahkan dengan amalan litigasi, korporat dan hartanah. Pengalaman dan pendedahannya yang luas terhadap gaya dan budaya kerja Skrine, yang dianggap sebagai salah satu firma undang-undang terbesar di Asia Pasifik telah memberinya kemahiran dan pemahaman yang diperlukan mengenai pentingnya supaya menjadi efisien tanpa mengabaikan kualiti. Setelah beliau diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara, beliau telah bekerja dan beramal di Tetuan Salehuddin Saidin & Associates sebagai peguambela dan peguamcara semenjak hari pertama firma ini ditubuhkan. Kemudian Izyan telah menambahkan kemahirannya ketika memulakan pengajian undang-undangnya dalam Diploma & Syariah Legal Practice (DSLP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Izyan telah memperoleh kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang undang-undang terutama dalam perundangan hartanah iaitu dalam menyiapkan Perjanjian Jual Beli yang berkaitan dengan Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan & Perlesenan), kes Jualbeli hartanah di pasaran skunder, Penyewaan, Pajak, Kerja-kerja Pengubahsuaian , Perjanjian Usaha Sama, Perjanjian Tambahan, dan perjanjian yang disusun sesuai dengan keperluan ankaguam, Perjanjian Kemudahan Pinjaman, Surat Ikatan Amanah, Perjanjian Novasi, dan hal-hal yang berkaitan dengan hartanah. Beliau juga mahir dalam prosedur tanah. Izyan sebenarnya telah memulakan amalanya sebagai peguam litigasi sivil di mana dia telah mengendalikan kes-kes litigasi umum secara langsung, terutama yang berkaitan dengan pertikaian tuan tanah dan penyewa, undang-undang keluarga dan kes perceraian, kes probet dan pentadbiran Harta Pesaka.

Keluar dari zon selesa, beliau seterusnya membuka firma guamannya sendiri Pada tahun 2011, dengan menggunakan nama Tetuan Izyan Aziz & Co. Pada April 2016 Izyan bersama dua rakan kongsi pengasasnya yang lain telah bergabung dengan menubuhkan Tetuan Shahra, Ezzad & Izyan hingga kini. Selama 5 tahun perkongsian ini, Izyan berjaya memperoleh lapan panel dengan institusi kewangan, pemaju perumahan dan syarikat lain.