Saya ingin menjual tanah peninggalan arwah ayah saya. Bolehkah saya menguruskan proses penjualan ini sendiri?

Sebelum pihak tuan/puan meneruskan proses penjualan tanah peninggalan arwah ayah tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu tuan/puan semak dan pastikan terlebih dahulu.

Pertamanya, adakah telah adanya satu perintah mahkamah untuk kuasa mentadbir (jika tiada sebarang wasiat dibuat untuk tanah tersebut) atau satu perintah mahkamah untuk probet (sekiranya ada wasiat dibuat untuk tanah tersebut). Jika kedua-duanya tiada, maka tuan/puan perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kuasa mentadbir / perintah mahkamah untuk probet dahulu, sebelum meneruskan dengan proses penjualan tanah tersebut.

Sekiranya tuan/puan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya, usah khuatir. Pihak kami bersedia untuk membantu tuan/puan.