Pihak tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak atasan syarikat temapt kerja tuan/puan. Atau jika tuan/puan merasakan bahawa pihak atasan tidak akan mengendahkan aduan tuan/puan ataupun pihak atasan tersebut yang telah mencabul tuan/puan, maka tuan/puan perlu membuat laporan polis dibalai polis berdekatan pada kadar segera. Elakkan daripada berkongsi aduan tuna/puan dengan pihak rakan sekerja sebelum membuat sebarang laporan terlebih dahulu.
