Saya telah memberi pinjaman wang kepada jiran saya dan beliau telah berjanji untuk membayar pinjaman tersebut dalam tempoh 6 bulan. Namun sehingga sekarang beliau masih tidak melunaskan pinjaman tersebut? apakah langkah yang patut saya ambil?

Pertama sekali, adakah terdapatnya sebarang bukti  bahawa pihak tuan/puan telah memberikan wang kepada peminjam tersebut? Adakah juga terdapatnya sebarang ‘perjanjian secara bertulis’ berkenaan cara bayaran untuk pinjaman tersebut dijelaskan? Jika ya, agak mudah untuk pihak tuan/puan memulakan tindakan undang-undang terhadap peminjam tersebut.

Jika tiada, jangan khuatir. Pihak kami masih akan membantu pihak tuan/puan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap peminjam tersebut.

Selain daripada melantik peguam, pihak tuan/puan juga boleh memulakan sendiri tindakan undang-undang terhadap peminjam tersebut. Namun untuk tujuan memudahkan urusan tuan/puan, sebaiknya tuan/puan melantik peguam yang  tuan/puan percayai untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap peminjam tersebut.