Adalah menjadi satu keperluan untuk mana-mana majikan menyediakan surat lantikan kerja (sebaik-baiknya, beserta kontrak untuk bekerja) sebelum menggajikan mana-mana pekerja di syarikat tuan/puan.
Bagi tujuan menjawab notis tuntutan tersebut, sebaiknya disertakan sekali surat lantikan kerja (atau kontrak untuk bekerja, jika ada) bersama-sama dengan surat jawapan majikan tersebut. Jika sekiranya tuan/puan tidak pasti untuk menjawab notis tuntutan tersebut, pihak kami bersedia untuk membantu tuan/puan untuk menjawabnya bagi pihak majikan.
