Untuk mendapatkan kunci terdapat pelbagai prosedur yang mesti dipatuhi seperti membayar yuran peguam untuk penyediaan perjanjian jualbeli, melangsaikan atau membayar penuh hutang pinjaman rumah penjual ke atas rumah tersebut (jika ada), melunaskan pembayaran cukai tanah dan cukai pintu kepada kerajaan, mendaftar pemindahan hak milik tanah, menyelesaikan baki harga beza antara harga pembelian dengan jumlah pinjaman yang anda dapat (jika ada). Kami mempraktikkan pelaksanaan yang pantas di pihak kami untuk menyelesaikan prosedur dari hari pertama untuk anda mendapatkan kunci secepat mungkin.
