Puncak Alam

Penjual menjual sebuah unit pangsapuri di Bandar Puncak Alam, Shah Alam. Perjanjian Jualbeli bertarikh 1 Jun 2018 yang mana pada masa ini memilih untuk tidak diwakili mana-mana peguam. Setelah dua bulan dari tarikh Perjanjian Jualbeli, Penjual masih belum menerima Baki Depositnya mengikut syarat Perjanjian. Penjual melantik Shahra, Ezzad & Izyan pada 1 Ogos 2018 untuk bertindak mewakilinya dan berurusan dengan Peguamcara Pembeli, dan dalam masa kurang dari sebulan kami berjaya mendapatkan Deposit Baki dan membuat pembayaran kepada Penjual. Kes diselesaikan dalam masa 6 bulan dari fail yang diambil dan kami berjaya melindungi kepentingan anakguam kami untuk mendapatkan baki deposit Penjual.