Saya mahu membeli rumah. Apa sebenarnya yang akan saya bayar, berapa dan bila saya perlu membuat bayaran?

Anda perlu membayar harga rumah, bayaran duti setem, kos bank (jika anda membeli rumah menggunakan pinjaman bank), yuran pejabat tanah, yuran peguam dan lain-lain. Kami menguraikan anggaran kos yang perlu dibayar kepada semua pihak yang berkaitan mengikut garis masa untuk anda membuat persiapan.