Sekiranya geran rumah itu telah dikeluarkan oleh pejabat tanah, geran tersebut seharusnya berada di dalam simpanan pemaju perumahan tersebut. Surat pengesahan bertulis mestilah diperoleh daripada pemaju perumahan tersebut untuk mengetahui status terkini rumah tersebut. Sekiranya pemaju perumahan tersebut telah mengesahkan bahawa hakmilik tersebut sudah berada di dalam pegangan mereka, anda mesti berjumpa dengan peguam untuk meneruskan penyediaan dokumen pindahmilik untuk mendaftarkan nama anda ke atas geran tersebut.
Kami sentiasa berkomunikasi dengan pemaju perumahan untuk memindahmilik nama pembeli dengan selamat dan memproses permohonan geran yang didaftarkan atas nama pembeli dengan selamat.
