Anwar Ezzad Bin Zainal

Rakan kongsi,
ANWAR EZZAD BIN ZAINAL
LLB (Hons.) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kemasukan Majlis Peguam Malaysia: 2007

Sebagai pengasas kepada Tetuan Anwar Ezzad & Co., Ezzad adalah merupakan satu lagi kisah kejayaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau bertindak mewakili anak guam dalam berbagai aspek termasuklah: –

– Kes-kes Sivil
– Kes Jenayah
– Pertikaian antara Pekerja dan majikan
– Pertikaian Komersial
– Pertikaian Kontrak
– Kes-kes Gangguan
– Pertikaian Perundangan Hartanah
– Pertikaian di antara Penyewa dan Pemilik
– Tuntutan Hutang

Tetap aktif dalam komuniti undang-undang adalah keutamaan bagi Ezzad. Beliau telah berkhidmat dan memainkan banyak peranan untuk organisasi profesional dan komuniti selama bertahun-tahun. Memiliki perasaan bahawa sudah waktunya untuk kembali berbakti kepada masyarakat, beliau memainkan peranannya sebagai peguam untuk membantu Klinik Bantuan Guaman yang jelas merupakan gerakan bukan berdasarkan keuntungan dengan memberikan nasihat undang-undang. Ezzad terlibat secara langsung dan aktif di Klinik Bantuan Guaman Dun Batu 3, Selangor & Dun Ulu Klang, Kuala Lumpur sejak 2012. Beliau juga merupakan salah seorang penceramah untuk Latihan Paralegal Dun Batu 3 dan Dun Ulu Klang. Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman Ezzad telah mendapat pengiktirafan ketika diundang untuk menjadi salah seorang hakim dalam penyampaian Teknik Penyiasatan untuk Sarjana dalam Akaun Forensik sejak 2015 hingga 2016.

Sedikit latar belakang Ezzad, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang peguam pada tahun 2007 setelah beliau menyelesaikan latihan dalam kamar di bawah bimbingan Tetuan Zainal Rashid & Partners dan diterima masuk sebagai Peguambela dan peguamcara pada tahun yang sama. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menimba kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Litigasi Sivil.

Seterusnya, sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri pada tahun 2015, beliau adalah merupakan rakan kongsi di Tetuan Hasshahari & Partners. Kariernya mula terbentuk selama lebih dari 7 tahun sebagai pengamal undang-undang di firma tersebut iaitu dari tahun 2007 hingga 2012 dan dinaikkan pangkat sebagai rakan kongsi di firma pada tahun 2012 hingga 2015. Berpengalaman di dalam dunia kes litigasi sivil yang merangkumi:-

– Litigasi sivil perniagaan termasuk pertikaian, tuntutan-tuntutan perniagaan, pertikaian undang-undang kontrak, amalan perdagangan yang menipu dan penipuan;
– Tanggungjawab profesional, termasuk mewakili plaintif yang terdiri dari pegawai dan profesional yang cuai;
– Kecederaan peribadi, termasuk mewakili anakguam/klien terhadap individu dan syarikat yang cuai ;
– Litigasi umum, termasuk perwakilan dan pendakwaan perlanggaran tugas fidusiari, pelanggaran kepercayaan, litigasi probet dan estet, dan pertikaian litigasi umum lain;
– litigasi insurans;
– Penyediaan dokumentasi perbankan bank sekitar Selangor dan Kuala Lumpur; dan
– Penyediaan dan perundingan kontrak dan undang – undang tort kompleks, litigasi komersial dan harta tanah, akta buruh dan pekerjaan, tanggungjawab profesional, kecederaan diri dan lain-lain.

Aset terbesar Ezzad adalah hasil dari pengalaman bekerja di kedua-dua firma guaman di atas. Dianggap sebagai antara firma undang-undang yang paling sibuk di Shah Alam, beliau memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam hal-hal Litigasi Sivil. Antara lain, beliau dianggap sebagai pakar dalam bidang yang disebutkan di atas. Beliau sentiasa memberi penekanan terhadap pentingnya kemahiran manusia dan kemahiran komunikasi dalam interaksi harian dengan klien, rakan sekerja, Mahkamah dan kakitangan jabatan Kerajaan.