Saya ingin menjual tanah peninggalan arwah ayah saya. Bolehkah saya menguruskan proses penjualan ini sendiri?

Sebelum pihak tuan/puan meneruskan proses penjualan tanah peninggalan arwah ayah tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu tuan/puan semak dan pastikan terlebih dahulu. Pertamanya, adakah telah adanya satu perintah mahkamah untuk kuasa mentadbir (jika tiada sebarang wasiat dibuat untuk tanah tersebut) Read More …

Sebelum ini saya telah memberhentikan seorang pekerja kerana sudah tidak datang bekerja selama 2 bulan. Setelah itu saya telah menerima notis dari Jabatan Tenaga Kerja untuk membalas notis tuntutan tersebut. Bagaimanakah saya ingin membalas surat tersebut?

Adalah menjadi satu keperluan untuk mana-mana majikan menyediakan surat lantikan kerja (sebaik-baiknya, beserta kontrak untuk bekerja) sebelum menggajikan mana-mana pekerja di syarikat tuan/puan. Bagi tujuan menjawab notis tuntutan tersebut, sebaiknya disertakan sekali surat lantikan kerja (atau kontrak untuk bekerja, jika Read More …

Saya telah memberi pinjaman wang kepada jiran saya dan beliau telah berjanji untuk membayar pinjaman tersebut dalam tempoh 6 bulan. Namun sehingga sekarang beliau masih tidak melunaskan pinjaman tersebut? apakah langkah yang patut saya ambil?

Pertama sekali, adakah terdapatnya sebarang bukti  bahawa pihak tuan/puan telah memberikan wang kepada peminjam tersebut? Adakah juga terdapatnya sebarang ‘perjanjian secara bertulis’ berkenaan cara bayaran untuk pinjaman tersebut dijelaskan? Jika ya, agak mudah untuk pihak tuan/puan memulakan tindakan undang-undang terhadap Read More …

Saya telah dicabul oleh majikan saya secara fizikal dan majikan saya juga selalu mengeluarkan kata-kata lucah. Kepada siapa harus saya adukan masalah ini?

Pihak tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak atasan syarikat temapt kerja tuan/puan. Atau jika tuan/puan merasakan bahawa pihak atasan tidak akan mengendahkan aduan tuan/puan ataupun pihak atasan tersebut yang telah mencabul tuan/puan, maka tuan/puan perlu membuat laporan polis dibalai polis Read More …

Bolehkah saya memviralkan satu sedutan video seorang penjual kerana tidak berpuas hati dengan servis dan produk yang diberikan?

Sebaiknya, mulakan terlebih dahulu aduan tuan/puan kepada pihak berkuasa seperti pihak polis dan/atau pihak KPDNKK. Biar pihak berkuasa yang menyiasat ketidakpuasan hati tuan/puan tersebut. Ini kerana, jika tuan/puan terus menviralkan ketidakpuasan hati tuan/puan di laman social (socmed), tuan/puan boleh disaman Read More …