Saya telah membayar sepenuhnya rumah tersebut beberapa tahun yang lalu kepada pemaju perumahan secara tunai. Di mana geran rumah?

Sekiranya geran rumah itu telah dikeluarkan oleh pejabat tanah, geran tersebut seharusnya berada di dalam simpanan pemaju perumahan tersebut. Surat pengesahan bertulis mestilah diperoleh daripada pemaju perumahan tersebut untuk mengetahui status terkini rumah tersebut. Sekiranya pemaju perumahan tersebut telah mengesahkan Read More …

Saya telah membayar pinjaman perumahan sepenuhnya, tetapi sehingga kini saya tidak mendapat geran rumah. Apa patut saya buat?

Sekiranya geran rumah telah dikeluarkan semasa pembelian rumah dari syarikat pemaju perumahan, anda mesti berjumpa dengan peguam untuk melakukan proses melepaskan gadaian (proses untuk melepaskan geran dari bank). Oleh itu, surat pengesahan bertulis mesti diperoleh dari bank. Kemudian borang pelepasan Read More …

Saya sedang membeli membeli rumah. Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani dan bilakah saya boleh mendapatkan kunci?

Untuk mendapatkan kunci terdapat pelbagai prosedur yang mesti dipatuhi seperti membayar yuran peguam untuk penyediaan perjanjian jualbeli, melangsaikan atau membayar penuh hutang pinjaman rumah penjual ke atas rumah tersebut (jika ada), melunaskan pembayaran cukai tanah dan cukai pintu kepada kerajaan, Read More …

Saya ingin menjual tanah peninggalan arwah ayah saya. Bolehkah saya menguruskan proses penjualan ini sendiri?

Sebelum pihak tuan/puan meneruskan proses penjualan tanah peninggalan arwah ayah tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu tuan/puan semak dan pastikan terlebih dahulu. Pertamanya, adakah telah adanya satu perintah mahkamah untuk kuasa mentadbir (jika tiada sebarang wasiat dibuat untuk tanah tersebut) Read More …

Sebelum ini saya telah memberhentikan seorang pekerja kerana sudah tidak datang bekerja selama 2 bulan. Setelah itu saya telah menerima notis dari Jabatan Tenaga Kerja untuk membalas notis tuntutan tersebut. Bagaimanakah saya ingin membalas surat tersebut?

Adalah menjadi satu keperluan untuk mana-mana majikan menyediakan surat lantikan kerja (sebaik-baiknya, beserta kontrak untuk bekerja) sebelum menggajikan mana-mana pekerja di syarikat tuan/puan. Bagi tujuan menjawab notis tuntutan tersebut, sebaiknya disertakan sekali surat lantikan kerja (atau kontrak untuk bekerja, jika Read More …

Saya telah memberi pinjaman wang kepada jiran saya dan beliau telah berjanji untuk membayar pinjaman tersebut dalam tempoh 6 bulan. Namun sehingga sekarang beliau masih tidak melunaskan pinjaman tersebut? apakah langkah yang patut saya ambil?

Pertama sekali, adakah terdapatnya sebarang bukti  bahawa pihak tuan/puan telah memberikan wang kepada peminjam tersebut? Adakah juga terdapatnya sebarang ‘perjanjian secara bertulis’ berkenaan cara bayaran untuk pinjaman tersebut dijelaskan? Jika ya, agak mudah untuk pihak tuan/puan memulakan tindakan undang-undang terhadap Read More …

Saya telah dicabul oleh majikan saya secara fizikal dan majikan saya juga selalu mengeluarkan kata-kata lucah. Kepada siapa harus saya adukan masalah ini?

Pihak tuan/puan boleh membuat aduan kepada pihak atasan syarikat temapt kerja tuan/puan. Atau jika tuan/puan merasakan bahawa pihak atasan tidak akan mengendahkan aduan tuan/puan ataupun pihak atasan tersebut yang telah mencabul tuan/puan, maka tuan/puan perlu membuat laporan polis dibalai polis Read More …

Bolehkah saya memviralkan satu sedutan video seorang penjual kerana tidak berpuas hati dengan servis dan produk yang diberikan?

Sebaiknya, mulakan terlebih dahulu aduan tuan/puan kepada pihak berkuasa seperti pihak polis dan/atau pihak KPDNKK. Biar pihak berkuasa yang menyiasat ketidakpuasan hati tuan/puan tersebut. Ini kerana, jika tuan/puan terus menviralkan ketidakpuasan hati tuan/puan di laman social (socmed), tuan/puan boleh disaman Read More …