Sebelum ini saya telah memberhentikan seorang pekerja kerana sudah tidak datang bekerja selama 2 bulan. Setelah itu saya telah menerima notis dari Jabatan Tenaga Kerja untuk membalas notis tuntutan tersebut. Bagaimanakah saya ingin membalas surat tersebut?

Adalah menjadi satu keperluan untuk mana-mana majikan menyediakan surat lantikan kerja (sebaik-baiknya, beserta kontrak untuk bekerja) sebelum menggajikan mana-mana pekerja di syarikat tuan/puan. Bagi tujuan menjawab notis tuntutan tersebut, sebaiknya disertakan sekali surat lantikan kerja (atau kontrak untuk bekerja, jika Read More …

Saya telah memberi pinjaman wang kepada jiran saya dan beliau telah berjanji untuk membayar pinjaman tersebut dalam tempoh 6 bulan. Namun sehingga sekarang beliau masih tidak melunaskan pinjaman tersebut? apakah langkah yang patut saya ambil?

Pertama sekali, adakah terdapatnya sebarang bukti  bahawa pihak tuan/puan telah memberikan wang kepada peminjam tersebut? Adakah juga terdapatnya sebarang ‘perjanjian secara bertulis’ berkenaan cara bayaran untuk pinjaman tersebut dijelaskan? Jika ya, agak mudah untuk pihak tuan/puan memulakan tindakan undang-undang terhadap Read More …