Sejarah Kami

Sejarah kami bermula pada awal tahun 2011 apabila salah seorang Rakan Kongsi kami, Izyan Shazwani binti Ab Aziz mengundurkan diri dari Tetuan Salehuddin Saidin & Co. dan membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur dengan nama Tetuan Izyan Aziz & Co. Pada awal tahun 2013, Rakan Kongsi kami, Wan Shahranita binti Saharan meninggalkan Tetuan Markiman & Associates dan juga membuka firma guamannya sendiri di Bandar Baru Bangi, Selangor dengan nama Tetuan Shahranita Saharan & Co. dan akhirnya, pada tahun 2015, Rakan Kongsi kami, Anwar Ezzad bin Zainal telah meninggalkan perkongsiannya di Tetuan Hasshahari & Partners untuk menubuhkan firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Anwar Ezzad & Co. di Petaling Jaya.

Ditubuhkan semenjak 2016

Sejak awal penubuhan kami yang bermula dari saiz yang kecil, kami telah berkembang menjadi firma guaman yang sibuk dan dipenuhi dengan pelbagai jenis pelanggan dan anak guam yang datang dengan masalah undang-undang yang berbeza untuk mendapatkan perkhidmatan kami . Menjalankan perniagaan sendiri adalah sesuatu yang lebih mudah tetapi juga juga boleh menjadi perjuangan sukar yang berterusan. Untuk itu, kami menghargai inisiatif Rakan Kongsi kami Shahranita untuk menyatukan tiga entiti luar biasa ini di bawah satu bumbung. Kami telah menyedari bahawa kemahiran dan bakat kami saling melengkapi antara satu sam lain sehingga kami dapat membentuk pasukan yang cemerlang. Kami bersedia berkongsi tanggungjawab untuk memanfaatkan sepenuhnya kemampuan kami. Lebih banyak rakan kongsi bermaksud lebih banyak buah fikiran, pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas yang dapat digabungkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan anakguam kami.

Dengan kerjasama tiga rakan kongsi yang hebat ini, kami berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan kami. Kami sentiasa mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami dan oleh itu, kami mempunyai pasukan yang bersedia untuk menyelesaikannya. Walaupun, ia dilihat sebagai rentetan dari firma perundangan kami sebelumnya, penglibatan rakan kongsi lain dalam usaha ini adalah membawa sumber yang lebih besar. Perkongsian ini berkembang kerana kami saling mempercayai dan kami berusaha untuk mencapai tahap profesionalisme, kredibiliti dan kualiti perkhidmatan yang tinggi untuk pelanggan dan anakguam kami.