Wan Shahranita Binti Saharan

Rakan Kongsi (Pengurusan & Operasi),
WAN SHAHRANITA BINTI SAHARAN
LLB (Hons.) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kemasukan Majlis Peguam Malaysia: 2008

This image has an empty alt attribute; its file name is Shara-Solo.PNG-682x1024.jpg

Dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang LLB (Kepujian) oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2006 menjadikannya beliau lengkap dengan kualiti dan nilai terbaik yang harus dimiliki oleh seorang peguam. Beliau menjalani latihan dalam kamar di bawah kendalian Cik Brenda Yong Pooi Yee dari firma Tetuan Ainul Azam & Co. (Peguambela & Peguamcara) dari Januari 2007 hingga Oktober 2007. Kemudian beliau telah meneruskan dengan para legal di firma yang sama dari November 2007 hingga Februari 2008. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah didedahkan dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan perundangan hartanah. Pada 18 Januari 2008, beliau telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur. Bermula dari situlah, beliau kemudian memulakan kerjaya ssebagai seorang peguam di Tetuan Abu Bakar & Yong (Peguambela & Peguamcara) dari April 2008 hingga Jun 2008. Di Tetuan Abu Bakar & Yong, beliau telah didedahkan dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan aperundangan Hartanah.

Ditawarkan faedah yang lebih baik, Shahranita kemudiannya meneruskan kerjaya beliau sebagai peguam di Tetuan Markiman & Associates (Peguambela & Peguamcara) dari Ogos 2008 hingga Oktober 2012. Selama berkhidmat dengan Tetuan Markiman & Associates, beliau telah telah diamanahkan untuk mengendalikan pelbagai fail perundangan hartanah yang berkaitan. Setelah 5 tahun berkhidmat, beliau telah memutuskan untuk menubuhkan Tetuan Shahranita Saharan & Co. (Peguambela & Peguamcara) secara milikan tunggal pada tanggal 1 Januari 2013, yang tertumpu pada perundangan Hartanah, Korporat dan Komersial dan Pentadbiran Estet dan Probate dalam menyediakan perkhidmatan undang-undang profesional berkualiti tinggi untuk memberikan pendekatan praktikal, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan/anakguam. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Nasional Malaysia (UKM) yang memberi kuliah mengenai kursus Teknikal Perundangan Hartanah Profesional (Praktik dan Prosedur) sejak September 2015 dengan membiasakan para pelajar tentang konsep praktikal dan prosedur perundangan hartanah secara realiti.